
PENGENALAN
Urusetia Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa merupakan salah satu unit dalam Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. Pengwujudan unit ini membantu pengarah selaku penasihat teknikal dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Lembaga Pusat seperti yang termaktub di dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Bab.141.
Objektif utama unit ini adalah untuk memproses dengan berkesan semua perkara yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan lain kepada Lembaga Pusat untuk pertimbangan.
Selaras dengan objektif di atas, fungsi unit adalah seperti berikut:-
FUNGSI UTAMA
-
Menyemak dan menyediakan nota mesyuarat bagi setiap perkara yang akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pusat;.
-
Mengeluarkan panggilan mesyuarat serta mengedarkan agenda mesyuarat;
- Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat Lembaga Pusat kepada ahli-ahli Lembaga;
-
Mengemukakan keputusan Lembaga Pusat kepada pihak berkenaan khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan lain;
-
Membantu unit kawalan pembangunan dari segi khidmat nasihat kepada pemohon kelulusan merancang khususnya berhubung dengan keputusan Lembaga Pusat ke atas permohonan berkenaan;
-
Membantu bagi penyimpanan dokumen-dokumen urusetia dengan selamat.

Nota:
1. Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan sekiranya ada keperluan yang tidak dapat dielakkan.
2. Mesyuarat khas akan diadakan pada tarikh selain daripada tarikh-tarikh di atas jika diperlukan.
3. Tempat mesyuarat tertakluk kepada perubahan jika ada keperluan.
|