
PENGENALAN
Majlis Bersama Jabatan secara amnya adalah saluran komunikasi pekerja dengan majikan. Majlis Bersama Jabatan adalah terdiri daripada 15 ahli bagi Pihak Pegawai manakala ahli-ahli bagi Pihak Pekerja mengandungi 14 ahli yang dilantik oleh pekerja-pekerja Jabatan.
FUNGSI UTAMA
-
Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkesan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;
-
Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab atas perkara-perkara mengenai pekerja-pekerja mereka dan mematuhi syarat-syarat terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan;
-
Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai pentadbiran jabatan;
-
Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor daripada kakitangan.
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan mempunyai dua (2) mesyuarat khas iaitu:
1. Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung diadakan sekali dalam dua tahun.
2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ini pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-
- Mesyuarat Ahli Jawatankuasa diadakan empat kali setahun.
- Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bersama Pengurusan diadakan empat kali setahun.
|