PHYSICAL PLANNING

PENGENALAN

Bahagian Perancangan Fizikal bertanggungjawab menyediakan pelan pembangunan fizikal di negeri Sabah. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit iaitu Unit Pelan Struktur, Unit Pelan Daerah & Pelan Tempatan dan Unit Lukisan.

FUNGSI UTAMA

  1. Bertanggungjawab menyediakan pelan struktur untuk negeri Sabah termasuklah di kawasan perairannya. Pelan struktur merupakan dokumen statutori yang penyediaannya diperuntukkan di bawah Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141).
  2. Memastikan pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan oleh Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141) berhubung dengan penyediaan dan kelulusan pelan struktur untuk negeri Sabah.
  3. Menyemak dan mengemaskini inventori dasar yang perlu diambilkira dalam perancangan bandar dan desa di negeri Sabah.
  4. Menyedia dan menyemak pelan daerah dan pelan tempatan bagi semua daerah di Sabah.
  5. Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan mengenai kandungan pelan daerah dan pelan tempatan.
  6. Menyediakan dan menyemak piawaian perancangan yang akan digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah.
  7. Memastikan bahawa peruntukan di dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141) berhubung penyediaan dan kelulusan pelan daerah dan pelan tempatan adalah terlaksana.

Ketua Bahagian

Shahrum Radzlee Mohd Samlih

Ketua Unit Pelan Struktur

Rozidah Samudin

Ketua Unit Pelan Daerah & Pelan Tempatan

Shahrum Radzlee Mohd Samlih             

Ketua Unit Lukisan

Athanasius John Malis