PEMERIKSAAN AWAM TERHADAP DRAF SKIM PERANCANGAN DI DAERAH KUDAT

[18 OKTOBER 2021 - 30 NOVEMBER 2021]

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Bandaran Kudat (LBK) dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) sedang melakukan pindaan terhadap draf skim perancangan berikut di Daerah Kudat. Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukkan Seksyen 7(2), Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141), draf skim perancangan berikut akan dipamerkan di laman sesawang bermula dari 18 Oktober 2021 sehingga 30 November 2021 selama 30 hari.

Oleh yang demikian, anda dialu-alukan untuk melakukan pemeriksaan terhadap draf skim perancangan melalui web rasmi ini dan melengkapkan maklumbalas secara dalam talian. Anda boleh klik pautan-pautan berikut di bawah untuk memeriksa skim perancangan berkenaan berserta dokumen sokongan.

NOTIS WARTA

SKIM PERANCANGAN

DOKUMEN SOKONGAN

BORANG BANTAHAN DAN CADANGAN

*Sekiranya anda ingin sertakan laporan ‘planning brief’, anda dinasihatkan untuk muat turun dan lengkapkan borang secara manual sahaja, lampirkan laporan tersebut bersekali dan alamatkan ke ibupejabat Lembaga Bandaran Kudat.

SOALAN-SOALAN LAZIM

  1. Apa itu skim perancangan dan mengapa ia disediakan?
  2. Bagi memastikan pembangunan di sesebuah daerah adalah terancang dan teratur, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu pelan perancangan zon gunatanah di daerah masing-masing. Penyediaan ini adalah termaktub dalam Seksyen 6, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). Sehubungan dengan itu, pelan perancangan induk gunatanah yang disediakan oleh PBT adalah dikenali sebagai skim perancangan. Untuk memahami lebih lanjut mengenai skim perancangan, sila ke halaman ini untuk maklumat lebih mendalam mengenai penyediaan dan kepentingan skim perancangan.

  3. Adakah saya perlu hadir ke pameran skim perancangan ini?
  4. Sekiranya anda menetap di kawasan yang terlibat dengan penyediaan skim perancangan ini, anda digalakkan untuk melihat sendiri skim perancangan yang dipamerkan di lokasi pameran yang telah ditetapkan (atau klik pautan-pautan yang tersenarai dalam jadual di atas). Hal ini kerana sebarang perancangan dan pembangunan gunatanah pada masa hadapan sudah tentu memberi impak kepada anda selaku penduduk yang tinggal di kawasan terlibat. Oleh yang demikian, pameran umum ini adalah bertujuan memberi maklum kepada anda terhadap perancangan masa depan terhadap pembangunan gunatanah di daerah anda.

  5. Saya telah memeriksa draf skim perancangan yang dipamerkan. Namun begitu, saya mempunyai pandangan/pendapat/bantahan terhadap cadangan yang dikemukakan dalam skim perancangan tersebut. Bagaimana saya ingin menyampaikan maklumbalas saya kepada PBT?
  6. PBT ada menyediakan satu borang khas (iaitu borang bantahan) bagi membolehkan anda memberikan maklumbalas secara rasmi mengenai draf skim perancangan yang dipamerkan. Salinan borang tersebut boleh didapati di PBT atau memuat turun di portal ini. Sila pastikan borang yang telah diisi diserahkan kepada PBT berkenaan sebelum tempoh pameran awam berakhir. Sekiranya terdapat sebarang bantahan rasmi daripada pihak awam, PBT perlu mengadakan satu sesi khas bagi mendengar bantahan awam tersebut dan seterusnya meminda draf skim perancangan berkenaan sekiranya wajar sebelum beralih ke peringkat seterusnya. Perlu diingat bahawa sebarang pandangan/pendapat/bantahan hanya diterima melalui penyerahan borang bantahan yang disediakan semasa tempoh pameran.