BAHAGIAN LANDSKAP

PENGENALAN

Pada mulanya, perancangan dan pengurusan landskap merupakan salah satu unit di bawah seliaan Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah. Pada tahun 1984, unit tersebut telah dipindahkan dan dinaiktaraf menjadi sebuah bahagian di Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah memandangkan keperluan perancangan pembangunan landskap negeri Sabah semakin meningkat.

 

FUNGSI UTAMA

  1. Bertindak sebagai penasihat untuk semua peringkat kerajaan bagi perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap.
  2. Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan landskap seluruh negeri Sabah.
  3. Mengkaji dan menyediakan piawaian serta garis panduan landskap serta bidang yang berkaitan dengannya.
  4. Mengadakan program latihan penyelidikan dan kempen dalam bidang landskap dan berkaitan kepada agensi kerajaan, swasta dan orang awam.

Ketua Penolong Pengarah (Landskap)

LAr. Nurulhayati Hj. Awang More

Penolong Pengarah Landskap

Hasnah Binti Dousin