BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KORPORAT

PENGENALAN

Bahagian Penyelidikan Dan Korporat terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Unit Penyelidikan Dan Pembangunan.

 

UNIT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Fungsi Utama

Bagi memastikan kakitangan JPBW membantu mencapai Visi Jabatan, beberapa dasar latihan Jabatan ini telah ditetapkan seperti berikut

  1. Setiap kakitangan hendaklah mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari kumulatif setahun.
  2. Menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan.
  3. Setiap kakitangan diberikan latihan dan latihan semula (retraining) bagi membolehkan mereka sentiasa didedahkan kepada perkembangan ilmu dan perubahan teknologi semasa.

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Mengatur program latihan/kursus kepada para kakitangan di semua Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam kawalan pembangunan.
  2. Menyelaras program kursus dan latihan kakitangan Jabatan.
  3. Menyelaras dan menyelia program latihan industri bagi pelajar-pelajar institusi awam dan swasta.
  4. Berperanan sebagai Setiausaha Lembaga Peperiksaan Jabatan.

Ketua Unit dan kakitangan

Noraffinie Bte. Norwen, Shah Rezzan Ag Zainal, Mirrah Atika Othman

 

UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Fungsi Utama

Mengumpul, mendaftar dan menyelaras maklumat dan data-data bagi penyediaan Pelan Struktur, Skim-skim Perancangan dan pelan-pelan khas.

Ketua Unit dan kakitangan

Leon Luiz Lakim, Sabarin B. Mat Salleh, Zafran Yusof