MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

PENGENALAN

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) secara amnya adalah merupakan satu saluran komunikasi rasmi antara kakitangan dan Pengurusan Tertinggi Jabatan ini. MBJ terdiri daripada 15 ahli yang merangkumi pihak para pegawai. Manakala ahli-ahli bagi pihak kakitangan sokongan berjumlah 14 orang yang dilantik oleh pekerja-pekerja Jabatan ini.

 

FUNGSI UTAMA

  1. Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkesan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan.
  2. Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab ke atas perkara-perkara mengenai pekerja-pekerja mereka dan mematuhi syarat-syarat terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.
  3. Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai pentadbiran jabatan.
  4. Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor daripada kakitangan.

 

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN

Terdapat dua (2) buah mesyuarat yang diadakan oleh MBJ iaitu:

  1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN yang diadakan sekali dalam dua (2) tahun.
  2. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA yang terdiri daripada dua bahagtian iaitu (a) Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang diadakan sebanyak empat kali setahun dan (b) Mesyuarat Ahli Jawatankuasa bersama Pengurusan yang diadakan sebanyak empat kali setahun.

 

AHLI JAWATANKUASA (Pihak Kakitangan Sokongan) SESI 2018/2019

Pengerusi

Suhaili Laiman

Setiausaha

Mazlie Norinah    

Penasihat (Penolong Pegawai Tadbir)

Jainisan Roman

Wakil Bahagian Landskap

Maslimah Mahli

Wakil Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Myron Masing

Ketua Kerani

Rosnah Abdul Rahman

Wakil Pembantu Setiausaha Pejabat

Saulim Gutok / Nur Diana Joe Abdullah

Wakil Juruteknik Perancang Bandar dan Desa

Colleen Tan

Wakil Pelukis Pelan

Nelly Yeo / Zafran Yusof

Wakil Pembantu Tadbir

Amat mohri Hj. Terimoh (Perkeranian/Operasi)

Elizabeth Jipinis (Kewangan) / Mohd Hanafi Bin Hafizul (Kewangan)

Otia Untong (Perkeranian/Operasi)

Wakil Pembantu Operasi

Henry Johniuh

Wakil Pemandu Kenderaan

Jason Ayog

Wakil Pembantu Awam

Dariah Radsan

Pembantu Operasi (Penjaga Pelan)

Syairul Izam Jamlin