PERANAN JPBW

VISI

SEBAGAI PENERAJU PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH UNTUK PEMBANGUNAN TANAH YANG TERATUR, PROGRESIF DAN MAPAN DI SELURUH NEGERI SABAH TERMASUK KAWASAN PERAIRANNYA.

MISI

  • Mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan mapan selaras dengan Pelan Struktur Sabah 2033.
  • Memastikan sistem perancangan yang lengkap, efektif dan efisien bagi memelihara keseimbangan pembangunan dan alam sekitar.
  • Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan menerusi pewujudan pejabat-pejabat cawagan di setiap daerah menjelang tahun 2020.
  • Memastikan penyediaan kawasan lapang, taman awam dan taman rekreasi yang strategik, indah, selesa, selamat dan berdaya maju; dan
  • Melahirkan perancang bandar yang berkemahiran, berpengetahuan dan berdaya saing.

OBJEKTIF

  • Untuk mengukuhkan sistem pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar bagi meningkatkan taraf kualiti kehidupan selaras dengan matlamat negeri dan negara.
  • Untuk mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah melalui pelaksanaan berkesan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141).
  • Untuk menggubal dan melaksana kaedah, dasar, pelan dan piawaian dan garispanduan perancangan serta memastikan pemakaian yang berkesan oleh semua agensi di peringkat perancangan.
  • Untuk memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan sistem maklumat yang berkualiti bagi keperluan perancangan jangka panjang.