SEJARAH JPBW

Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah, atau dengan singkatannya JPBW telah ditubuhkan pada 2 Januari 1980 sebagai sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah. Sebelum ini, badan yang bertanggungjawab dalam skop perancangan bandar dan desa di Sabah hanya merupakan salah satu unit di bawah seliaan Jabatan Tanah & Ukur sebelum dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan pada tarikh tersebut.

Pada awalnya, ibu pejabat JPBW ditempatkan di bangunan asal Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar Sabah (LPPB), juga salah satu agensi yang kini bernaung di bawah kementerian sama. Pada tahun 1985, ibu pejabat JPBW telah berpindah ke bangunan Wisma Tun Fuad Stephens yang baru sahaja siap pembinaannya pada tahun yang sama. Lokasi ibu pejabat JPBW masih kekal di bangunan berkenaan sehingga kini.

Penubuhan JPBW adalah berasaskan kepada Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). Dengan hanya berkekuatan 21 staf sahaja pada awal penubuhan jabatan ini, kini jumlah staf bertambah sehingga hampir 100 orang. Semenjak penubuhan jabatan ini, dua pejabat cawangan telah beroperasi iaitu di Sandakan dan Tawau bagi memberikan perkhidmatan perancangan bandar yang lebih menyeluruh di Sabah.

 

 

 

Logo Rasmi JPBW

Logo rasmi Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah telah dilancarkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan pada ketika itu iaitu YB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 12 Disember 2013 lalu dan bertempat di Grand Ballroom, The Pacific Sutera, Kota Kinabalu semasa Persidangan Perancangan Negeri Sabah bersempena Hari Perancang Bandar Sedunia 2013 peringkat negeri Sabah yang bertemakan Journeying Together Towards Liveable Cities In Sabah.