SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI

PENGENALAN

Sekretariat Majlis Perancang Negeri (MPN) merupakan salah satu bahagian terpenting dalam Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah. Sebagai setiausaha kepada MPN, pengarah JPBW mempunyai tanggungjawab sebagai penasihat dasar dan teknikal kepada Pengerusi dan Ahli-ahli MPN seperti yang termaktub di dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). Objektif utama sekretariat ini adalah untuk memastikan sebarang dasar atau polisi berkaitan perancangan bandar dan desa yang digubal di peringkat Majlis Perancang Negeri diselaraskan dan digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh Sabah. MPN juga bertanggungjawab memastikan sebarang perlaksanaan dasar adalah berlandaskan kepada Sabah Cap. 141. Selaras dengan objektif di atas, fungsi sekretariat ini adalah seperti berikut:

 

FUNGSI UTAMA

  1. Menyemak dan menyediakan nota mesyuarat bagi setiap perkara yang akan dipertimbangkan di dalam mesyuarat MPN.
  2. Mengeluarkan panggilan mesyuarat serta mengedarkan agenda mesyuarat.
  3. Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat MPN kepada Ahli-ahli MPN.
  4. Mengemukakan keputusan MPN kepada pihak berkenaan khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan lain.
  5. Membantu bagi penyimpanan dokumen-dokumen sekretariat dengan selamat untuk rujukan dan semakan masa hadapan.

Ketua Urusetia

Danny Gaery F. Malinggi, Jelwin Jeneral, Josephine Chin, Feruz Khan Majin